
azlie3sra
5 tahun
Cara merawat Etectile dysfuntion
Saya mengalami mati pucuk.bagaimana cara nak merawatnya.sy nak mendapatkan suntikan alprostadil dan krim alprastadil.bagaimana caranya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,kemungkinan besar anda mengalami gejala mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin. Ia boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Antara punca berlakunya gejala mati pucuk ialah:
Pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat (dalam keadaan seperti kencing manis dan darah tinggi),justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan
Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain.
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
.Untuk kaedah ubatan, antara yang bersesuaian adalah Viagra, Iqnyde, Cialis, Levitra.Ubat sapu krim bernama alprostadil boleh digunakan oleh pesakit mati pucuk.Suntikan ubat Alprostadil,sebelum ubat makan digunakan secara meluas, cara juga suntikan biasa digunakan oleh para pesakit.
Anda amat disarankan untuk berjumpa dan mendapat nasihat daripada seorang doktor untuk pengesahan mati pucuk dan cara rawatan yang sesuai untuk anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih