
Sulit
4 tahun
Cara merendahkan suhu badan
Doctor apa yang harus kita buat untuk merendahkan suhu badan yang panas tetapi tidak demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah badan terasa panas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cuaca panas
- Kurang minum air
- Minum minuman memanaskan badan seperti kopi, alkohol dan sebagainya
- Makan makanan yang memanaskan badan seperti ginseng, halia dan sebagainya
Oleh itu, antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan panas badan adalah dengan:
- Banyakkan minum air
- Elakkan berada di tempat yang panas
- Dapatkan rehat yang cukup
- Elakkan mengambil makanan dan minuman yang boleh tingkatkan suhu badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya anda mengalami simptom yang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.