
Sulit
5 tahun
Cara nak hilangkan batuk mak sy
Hi sy nak tnya mak sy ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tpi skrg mak sy selalu batuk dah prgi klnik hosptl tpi doc just ckp btuk biasa tpi sy tgok btuk mak sy sngt teruk hampir stu tahun tak sembuh sembuh prgi klnik dan hosptl doc ckp tak ada ubat batuk untuk pesakit darah tinggi dan kncing manis mcm mne sy nk sembuhkn mak sy kalau tak ada ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung. Penyakit ini selalu berkaitan dengan pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dan ianya akan menyebabkan sesak nafas, mungkinnya masalah ini menyebabkan ibu anda sering berbatuk.
- Penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). Penyakit COPD ini akan menyebabkan batuk yang kronik dalam orang tua dan mereka memerlukan rawatan inhaler yang berpanjangan.
- Jangkitan Tuberculosis (Tibi). Batuk kering yang berpanjangan bermanifes dengan demam waktu malam dan kekurangan berat badan yang drastik.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.