
Sulit
4 tahun
Cara nak rawat kepala zakar yang kehitam-hitaman sejak dari umur 24 tahun.berikan saya cara cara untuk merawat zakar untuk kembali kepada kehidupan normal saya semula
Saya berumur 14 tahun dan saya mendapati kepala zakar kehitam-hitaman.selain itu zakar saya tidak dapat bertahan dengan lama ketika menengang.apakah yang patut saya lakukan untuk mencegah masalah itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Walaupun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengenalpasti masalah zakar kehitaman anda.
Zakar boleh menjadi hitam disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kecederaan kepada zakar yang menyebabkan bengkak atau warna kebiruan atau kehitaman kepada zakar anda
- Melanosis; kerana terdapat banyak pigmen melanin di bahagian zakar anda dan ini adalah normal
- Vitiligo
- Dermatitis
- Sifilis
- Kanser zakar
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Sakit pada bahagian zakar dan/atau buah zakar
- Sakit semasa kencing
- Zakar mengeluarkan cecair kuning dan berbau
- Kencing berdarah
Untuk masalah zakar tidak boleh bertahan lama, ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tekanan atau stres
- Ubat-ubatan
- Masalah saraf
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk pencerahan lebih lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.