
Sulit
3 tahun
Cara nk gugur kan kandungan
Sy tk dtg bulan …bulan ni lh sy tak dtg sy tkt sy mengandung …dh lh sekarang ni suami tak ke itu lh menjadi masalah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang anda berikan, anda mengalami masalah haid lewat dan khuatir anda hamil. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, masalah haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut mengenai status kehamilan anda .
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati . Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Anda disaran untuk berbincang dengan ahli keluarga dan pasangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.