wani22amin
4 tahun
Cara pengambilan pil perancang
Hai doc…sy ingin mengambil pil perancang yasmin…sbgai perancang keluarga…sebelum ni,sy merancang secara azal bersama suami. Soalan sy,pil yasmin perlu di ambil pada hari pertama period kan…tapi sejak saya bersalin anak saya (sekarang 6months)…sy belum dtg period…so mcm mna sy nk start ambil pil yasmin tersebut…sb sy x dtg period dh hmpir enam bulan…sy mmg confirm x pregnant…dh cek upt…thanks you doc…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Persoalan kaedah perancangan keluarga akan dibincang oleh doktor semasa rawatan lanjut selepas bersalin, Doktor perlu tahu kitaran haid anda sebelum hamil dan haid pertama selepas bersalin. Haid tidak berlaku selagi anda masih menghasilkan susu badan, juga dikenali sebagai kaedah kontraseptif semulajadi.
Justeru itu, anda perlu menghadiri temu janji rawatan susulan selepas bersalin dengan doktor untuk mengetahui perkembangan pemulihan fisiologi badan selepas bersalin. Penilaian kesihatan juga perlu diketahui sebelum mengenalpastikan kaedah perancang keluarga yang bersesuaian untuk anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































