
Anonymous
6 tahun
Cara penggunaan/pemakanan Pil Pencegah Kehamilan
Salam, saya wanita dalam 20an. Saya sudah berkahwin tetapi masih melanjutkan pelajaran. Saya dan suami tinggal berjauhan dan kami bersama hanya sebulan sekali apabila saya balik cuti sahaja. Ketika melakukan persetubuhan suami saya tidak mahu menggunakan condom dan saya pula tidak bersedia lagi untuk hamil. Jadi bagaimanakah cara untuk saya makan pil perancang ? Perlu ke saya makan setiap hari walaupun kami bersama hanya sekali atau dua kali sahaja sebulan ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil perancang kehamilan adalah bergantung kepada jenis pil perancang kehamilan yang anda ambil.
Pengambilan pil perancang biasanya adalah perlu setiap hari walaupun anda hanya melakukan hubungan kelamin 2 kali sebulan sahaja.
Untuk mengetahui pil perancang yang sesuai dan keterangan lanjut tentang penggunaannya, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!