
Anonymous
5 tahun
Cara penggunaan pil perancaang
Saya malam ini baru datang period
Jdi saya baru nak cuba gunakan pil perancang merlicon
Saya nak tanya cara guna pil perancang ini bagaimana
Apakah ikut hari kita period atau boleh ambil mna2 pil yg ada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebaiknya pil mercilon perlu diambil pada hari pertama haid anda yang berikutnya, atau memandangkan anda telah mula haid, anda boleh mula mengambilnya pada hari ke-5 haid tidak kira anda masih mengalami pendarahan haid atau tidak.
Ambil pil ini selama 21 hari dan diikuti oleh 7 hari tanpa pil. Elakkan dari tertinggal atau terlupa mengambil pil ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk arahan yang disertakan di dalam pek. Baca dan fahami serta sebaiknya rujuk kepada doktor terlebih dahulu tentang kesesuaian anda mengambil pil ini.
Sila ambil perhatian tentang kesan sampingan yang boleh berlaku dengan pengambilan pil ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.