Sulit
6 tahun
Cara penjagaan self kuarantine d rumah? Dengan ada ayah yg over 65 old
Saya sudah menjalani swab test arini. Disebabkan saya mempunyai contact rapat. Dengan pesakit postive covid 19. Saya diarahkan untuk self kuarantine. Sy nk tanya. Jika sy hendak mwngambil makanan d dapo, sy menyentuh periok nasi atau apa2 peralatan di dapo. Adakah memberi kesan kepada ayah sy. Skrg status sy blm tau lg. Bolehkah advice macam mana sebenarny. Penjagaan kuaran d rumah?
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda,antara langkah yang boleh diambil semasa kuarantin ialah:
• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































