
Sulit
4 tahun
Cara rawatan untuk migrain
Saya lelaki berumur 23 tahun, adakah sesuai jika setiap kali saya diserang migrain, saya mengambil paracetamol? Tq dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa ubat yang boleh diambil oleh seseorang yang mengalami masalah migrain. Untuk kebanyakan orang, paracetamol tidak berkasan untuk mengawal masalah migrain. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diperiksa dan mendapatkan ubat yang sesuai untuk masalah migrain yang anda alami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jika anda masih mempunyai keraguan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berbincang dan mendapatkan nasihat mengenai masalah anda daripada doktor kami. Terima kasih.