Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cara sembuh hep c tanpa ubatan berpanjangan?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 25, 2019 7:50 AM
juliana 3 tahun

Hai Dr. , apakah cara sembuh hep c tanpa ubatan berpanjangan?

Dr Sri Viknarajan 3 tahun
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Jangkitan hepatitis C adalah sukar untuk disembuhkan dengan sendiri tanpa rawatan.

Rawatan yang paling berkesan untuk hepatitis C ialah gabungan beberapa jenis ubat antivirus yang harus diambil setiap hari untuk 12 hingga 24 minggu bergantung kepada jenis jangkitan dan kondisi badan pesakit.

Untuk masa sekarang, tiada rawatan yang telah dibuktikan untuk menyembuhkan hepatitis C dalam masa yang pendek.Hepatitis C yang tidak dirawat dengan sepenuhnya boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati.

Ubat-ubatan antivirus ini harus diambil seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika pesakit tidak mematuhi nasihat pengambilan ubat, maka rawatan antivirus ini akan menjadi kurang berkesan.

Selain daripada ubat-ubatan antivirus, tiada rawatan lain yang boleh menyembuhkan hepatitis C. Rawatan alternatif dan rawatan tradisional bukan sahaja tidak berupaya menyembuhkan hepatitis C malah ia boleh memudaratkan lagi kesihatan pesakit.

Anda digalakkan untuk mematuhi pelan rawatan antivirus sehingga anda disahkan sembuh dari hepatitis C.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 07:50:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ilias Yee 3 tahun
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Buat masa ini tiada rawatan jangka pendek tersedia untuk penyakit ini. Ubat anti-viral perlu diambil dalam purata masa selama 12 minggu, bergantung pada kondisi pesakit.

Pilihan ubat dan masa rawatan bergantung kepada genotip hepatitis C, kerosakan hati pesakit, keadaan pesakit dan rawatan terdahulu.

Ubat anti-viral seperti lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) and entecavir (Baraclude) digunakan untuk merawat jangkitan ini untuk masa sekarang.

Sekiranya, penyakit ini tidak boleh dirawat melalui kaedah ubat- ubatan, maka pesakit haruslah menjalani pembedahan pemindahan hati(liver transplant).

Manakala pemindahan hati sahaja tidak boleh menyembuhkan hepatitis C. Jangkitan ini mungkin kembali dan memerlukan rawatan ubat antivirus untuk mengelakkan kerosakan pada hati yang dipindahkan.

Walaupun tidak ada vaksin untuk hepatitis C, doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda menerima vaksin hepatitis A dan B.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 08:00:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang hepatitis c secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (35) Anemia (58) Apendiks (1) Asid Refluks (37) Asthma (18) Badan Gemuk (33) Batuk (340) Benjolan Di Kulit (433) Bisul (78) Buasir (254) Cara Berhenti Merokok (46) Chlamydia (12) Cirit Birit (96) Darah Nifas (18) Darah Tinggi (177) Dehidrasi (2) Demam (667) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (68) Derma Darah (25) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1181) Fibroid (31) Gallstone (3) Gastrik (74) Gigi & Gusi (577) Gonorea (67) Haid Berlebihan (198) Haid Berpanjangan (921) Haid Lewat (2121) Haid Sakit (243) Haid Tidak Teratur (2605) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (56) Hepatitis C (12) Herpes (94) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (411) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (5) HPV (43) Influenza (14) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3486) Jerawat (201) Kahak (119) Kandidiasis (7) Kebas (304) Keguguran (173) Kehamilan (2414) Kencing Manis (241) Keputihan (813) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (17) Kesihatan Am (4340) Kesihatan Am Wanita (887) Kesihatan Kanak-Kanak (1194) Kesihatan Kulit (84) Kesihatan Lelaki (263) Kesihatan Mental (1017) Kesihatan Rambut (131) Kesihatan Seksual (2683) Ketinggian (23) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (70) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (97) Kurang Selera Makan (65) Kurap (47) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (109) Masalah Buah Pinggang (69) Masalah Kencing (1104) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (83) Masalah Penglihatan (27) Masalah saraf (23) Masalah Tangan Dan Kaki (631) Masalah Tidur (147) Mati Pucuk (375) Migrain (57) Mual & Muntah (184) Mulut Berbau (20) Najis Abnormal (322) Najis Berdarah (186) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (189) Pendarahan Spotting (250) Penerangan Penyakit (259) Penerangan Vaksin (8) Pening Kepala (209) Penuaan (6) Penyakit Hati (1) Penyakit Jantung (259) Penyakit Kelamin (1182) Penyakit Kulit (1873) Perancangan Keluarga (1256) Pil Perancang Kecemasan (610) Pitam (94) Prosedur Perubatan (278) Psoriasis (18) Sakit Badan (731) Sakit Belakang (211) Sakit Dada (1203) Sakit Kepala (1482) Sakit Lutut (200) Sakit Mata (410) Sakit Mulut (104) Sakit Otot (63) Sakit Payudara (485) Sakit Perut (1837) Sakit Pinggang (257) Sakit Sendi (7) Sakit Tekak (674) Sakit Telinga (107) Sakit Tulang (168) Sakit Tumit (81) Selsema (61) Selsema burung (4) Sembelit (135) Sendawa (54) Sesak Nafas (930) Sifilis (115) Sinusitis (38) Strok (50) Tidak Datang Haid (222) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (204) Tonsil (100) Trauma (14) Ubat-Ubatan (724) Ujian Kehamilan (673) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (744) Vitamin dan Nutrisi (114) Wabak bubonic (4)