Sulit

3 tahun

Gejala nefrotik syndrom Dan punca Hepatitis C

Anak Saya berumur 6 tahun mengalami nefrotik syndrom pada bulan 7 baru2 ini…rawatan telah dberikan termasuk memberi albumin semasa di hospital.dan continue makan prednisolone.ujian darah pada bulan 8 mendapati dia reactive HCV…sekarang dia sedang relapse…masih di ward…dari Mana dia boleh dpt hipertitis C tersebut sedangkan dalam keluarga tiada mslh tersebut…apakah yg perlu Saya buat doktor?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang anak anda hadapi. Berkenaan pertanyaan anda tentang hepatitis C, saya akan cuba menerangkannya kepada anda. Untuk makluman anda, hepatitis ialah sejenis penyakit radang hati yang boleh disebabkan oleh sama ada jangkitan kuman , alkohol, dadah atau penyakit autoimun.

Manakala, hepatitis C adalah hepatitis yang disebabkan oleh virus yang berasal daripada keluarga Flaviviridae. Jangkitan hepatitis yang menular ini boleh jadi akut atau kronik dan simptom bermula dari simptom ringan sehingga simptom teruk sehingga sepanjang hayat. Jangkitan akut Hep C biasanya tiada simptom dan boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 4-6 bulan. Manakala untuk jangkitan kronik, sebanyak hampir 85% pesakit ini tidak menyedari mereka mempunyai hepatitis.

Penyakit ini menular melalui pertukaran darah. Virus akan memasuki badan apabila terdapat percampuran darah dengan individu yang telah dijangkiti. Ini dikenali sebagai penyakit berjangkit bawaan darah (bloodborne disease). Antara cara penularannya adalah:

  • Transfusi produk darah
  • penggunaan semula instrumen medikal
  • berkongsi jarum picagari

Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan untuk mencegah daripada dijangkiti virus hepatitis C, langkah berikut perlu diambil berat:

  • Alat-alat peribadi seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya tidak harus dikongsi dengan orang lain. Hal ini kerana alat-alat ini boleh menyebabkan luka yang memudahkan kemasukan virus.
  • Bersihkan titisan darah dengan segera. Agen peluntur boleh digunakan untuk tujuan ini.
  • Pesakit hepatitis C tidak dibenarkan menderma darah kerana virus boleh merebak ke badan penerima.
  • Ahli keluarga pesakit hepatitis C disarankan supaya mendapatkan ujian saringan . Hal ini adalah untuk mengetahui status jangkitan sendiri. Jika didapati positif, rawatan yang sesuai boleh diberikan dengan lebih awal
  • Jika pendedahan terhadap virus berlaku, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Justeru itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_133674622

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)