
Sulit
3 tahun
Cara sifilis berjangkit Dan tidak berjangkit
Hi Dr… Berisiko dijangkiti sifilis Ataw tidak jikalau tinggal serumah dengan pesakit sifilis ,tidur Bersama,kongsi peralatan makan dan minum, berkongsi bilik mandi dan tandas…
Dan satu lagi saya ingin bertanya…berapa lama kuman sifilis bertahan hidup di luar tubuh manusia??

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang risiko dijangkiti sekiranya tinggal serumah dengan pesakit sifilis dan durasi bakteria T.Pallidum dapat bertahan di luar tubuh manusia.
Untuk makluman anda, penyakit sifilis adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria Treponema Pallidum dan boleh tersebar melalui:
- Hubungan seks secara oral, dubur dan vagina.
- Kehamilan (daripada ibu kepada bayinya)
- Bersentuhan dengan luka di permukaan kulit pesakit
Bakcteria T.Pallidum tidak boleh bertahan untuk waktu yang lama sekiranya berada di luar tubuh manusia dan tidak boleh berjangkit sekiranya anda berkongsi perkakas dan ruang dengan pesakit sifilis.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ?