Sulit
6 tahun
Cara untuk mengetahui ada penyakit kanser atau tidak
Assalamualaikum doc. Saya nak tanya. If doc sudi kongsi ilmu dengan saya
doc, mcm mana ye kalau kita nak tahu kita ada penyakit serius? I mean if ada kanser ke or tak kisah la sakit lain yg serius. boleh ke detect melalui ujian pengambilan darah sahaja? atau perlu melalui ujian MRI atau CT scan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kanser kebiasaannya akan menyebabkan gejala seperti hilang berat badan secara mendadak, letih yang berlebih-lebihan.
Kanser tidak boleh dikenalpasti melalui ujian darah. Ia memerlukan ujian imbasan seperti MRI dan CT Scan serta memerlukan biopsi bagi mengkaji sel pada ketumbuhan.
Namun, setiap jenis kanser memiliki ujian saringan yang berbeza.
Bagi info lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































