
Sulit
3 tahun
Cara2 atau ubat untuk clearkan methaphetamine dari bdn
Saya sudah berhenti dari pengambilan ubat terlarang (metpmine) sejak seminggu lepas ±…tapi saya buay test,masih menunjukkn result +ve…adakah (ubt) ini jika kerap diambil(sebelum berhenti) sukar untuk diclearkan?mohon nasihat dari doc untuk atasi masalah saya(kesilapan saya)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda ingin tahu berapa lama metamphetamine akan ada dalam badan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, metamphetamine adalah dadah kategori stimulant dan sangat menagihkan. Tempoh ia boleh dikesan dalam badan bergantung kepada cara pengambilan, dos yang diambil, berat individu serta jenis ujian pengesanan yang digunakan.
Secara amnya, ujian yang boleh digunaka untuk mengesan metamphetamine serta tempoh ia dikesan adalah:
- Ujian darah: 1-3 hari
- Ujian air liur: 1-4 hari
- Ujian air-kencing: Seminggu
- Ujian pada rambut: 90 hari
Berhenti secara mendadak boleh menyebabkan beberapa simptom ketagihan yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kami menasihatkan agar merujuk doktor anda atau bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat atau rawatan sepatutnya.
Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.