
aellea_julea99
5 tahun
Casual contact bagi pesakit positif covid-19
Saya berumur 29 tahun.saya merupakan casual contact dengan pesakit positif covid19 melalui kawan tempat kerja yg sama ada direct contact dengan pesakit covid19.saya bertemu kawan tersebut pada isnin petang.saya ingin bertanya adakah selesma menjadi simptom yg jelas utk covid19?kerana ada artikel yg saya baca menyatakan selesma bukan tanda2 covid19.tidak mengalami batuk pada awalnya akan tetapi selesma saya berkurangan sebab makan ubat.tetapi skrg tekak saya merasa gatal disebabkan selesma tersebut(seakan2 menjadi kahak).suhu badan saya terkini 36.4.tetapi pandai berkurang ke 35.6-36z.sakit kepala ringan sahaja(mungkin disebabkan selesma).

5 tahun
Untuk pengetahuan anda, suhu demam ialah 37.5 darjah celsius dan keatas. Anda dikelaskan sebagai berisiko jika mengalami kontak rapat bersama pesakit COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Simptom-simptom yang telah anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Demam denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini