
Sulit
4 tahun
CBC Abnormal- high rbc, Wbc n plt
Sy 33/F. Sy pnah buat cbc 2016. Results rbc, plt high. Mcv, mchc low. Baru2 ini sy ada buat cbc lg. Rbc, plt, wbc high. Hgb borderline low. Mcv, mchc low. Hb analysis menunujukkn kemungkinan hb constant spring. Adakah sy perlu ke hospital utk checkup? Apakah prosedur utk ke hospital kerajaan semasa covid? Adakah sy mpunyai blood cancer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan maklumat yang diberikan oleh anda di atas adalah tidak mencukupi untuk pihak kami mambuat kesimpulan. Naumun, secara amnya ia tidak merujuk kepada kanser darah. Namun, maklumat lain harus diperolehi sebelum membuat kesimpulan.
Selain itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Oleh kerana anda tidak mengalami apa-apa masalah, mungkin anda boleh tunggu sekejap sehingga PKPB ini diangkat sebelum merujuk ke hospital. Atau anda mungkin juga boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.