
Sulit
5 tahun
Cecair berwarna coklat tidak berbau
Assalamualaikun dn selmat pagi, doktor… Saya ibu berusia 30 tahun. Merancang untuk ada anak ke 3. Saya sudah lakukan test kehamilan dan -ve pada waktu haid sudah 2 minggu lewat. Tetapi dalam tempoh 3 hari ini setelah haid saya lewat 17 hari, ada cairan berwarna coklat dan sikit berdarah keluar. Adakah itu normal? Apa saya perlu buat, doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - ujian air kencing mungkin belum dapat mengesannnya lagi kerana hormon kehamilan masih rendah
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.