
ezzayany93
4 tahun
Cecair berwarna coklat
saya wanita 20 an dan seorang pelajar. Mempunyai obesiti,saya mengalami haid yang tidak teratur senjak pertama kali datang bulan. Sebelum ini haid keluar 2@3 bulan sekali dan hampir sebulan darah merah. Tetapi baru-baru ini darah keluar selama hampir 1 bulan dan stop selama 1@2 hari sebelum darah merah keluar balik dan ianya kekal sebulan darah merah keluar. Permaslahannya bila darah merah stop keluar, warna coklat pulak dtg dan tidak stop sehingga kini. boleh jelaskan punca-punca ianya keluar? Masalah yang saya hadapi ini bermula dari jun tahun lepas sehingga kini.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.