
Anonymous
5 tahun
Cecair berwrna kuning bercampur pepejal putih Berbau kuat
Hello doct. Sy Azie umur 20thn. Sy mengalami gejala gatalgatal dan bengkak di bhgian kemaluan sy. bila cecair kuning keluar dan terkena permukaan kemaluan sy disitu akan terasa sgt gatal. Dan sgt sakit bila utk buang air kecil. Cecair kuning bercampur pepejal putih Berbau sgt kuat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak cik, masalah keluar cecair dan gatal di kemaluan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Jangkitan bakteria vaginosis akibat ketidak seimbangan bakteria dalam faraj
- Jangkitan kandidaisis
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengurangkan masalah ini, secara amnya, individu perlu melakukan serta mengamal beberapa perkara :
- Sapu krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Menjaga kebersihan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang cik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, cik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.