
Anonymous
5 tahun
Cecair coklat Keluar dari faraj berterusan
Hai dokter…salam sejahtera…Saya wanita berumur 26thun…period saya sering tidak teratur…tapi baru2 ini saya telah mengalami satu masalah iaitu cecair coklat Keluar dari faraj hampir sebulan setengah bulan…adakah itu tanda penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cecair coklat yang keluar sewaktu haid boleh jadi adalah darah haid lama ataupun darah haid yang turun perlahan. Akan tetapi, sekiranya cecair coklat keluar diluar waktu haid anda, boleh jadi itu adalah petanda sesuatu kelainan.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Lama haid dapat dikatakan tidak normal apabila berlangsung selama lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.