neldyhia02
6 tahun
Cecair darah keluar selepas melakukan hubungan seks
Saya wanita yang berumur 20 an dan kadangkala mempunyai masalah period yang tidak teratur, pada bulan lepas selama sebulan saya tidak datang haid dan pada awal bulan ini saya period seperti biasa… Selepas beberapa hari setelah habis period, saya dan suami melakukan hubungan seks dan mendapati ade sedikit cecair darah yang keluar… Adakah ini masalah kesihatan yang serius? Ianya tidak berasa sakit sama sekali… Apa yang perlu saya lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas hubungan seks boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat kandidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- servikal ektropion
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































