
sitizunika
5 tahun
Cecair darah keluar selepas seminggu haid
Saya wanita 23 tahun dan sudah brkahwin hmpir 7buln. Sy mmpunyai period yg sgt teratur.
Smggu yg lalu sy period 6hari. Sgt normal bg jadual priod sy, ttapi slps smggu, terdapat cairan darah di panty liner sy, pd mula nya wrna merah terang cmpur coklat2… Ada satu hri kluar ketulan darah time sy mmbuang air kecil. Sekrg masih kluar drh yg sgt cair.ckup dgn pkai panty liner shaja utk mnmpung drh yg klua sikit2… Prkara ni brlaku hingga hrni. 4hari sudah. Boleh jelaskn apa yg trjadi sbnrnyaaa… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair darah yang keluar diluar waktu haid boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan - sekiranya ada melakukan persetubuhan tanpa perlindungan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Tes ini boleh dilakukan bila-bila sahaja ataupun 2 minggu setelah hubungan seksual tanpa perlindungan. Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.