
Sulit
4 tahun
Cecair di faraj dan gatal
Hi doc, saya berumur 22 tahun dan masih bujang. Saya mengalami gatal yg teramat sangat dan cecair keluar di faraj saya. Tetapi semasa buang air kecil saya tidak berasa sakit cuma berasa pedih kerana saya garu di luar faraj saya. Boleh saya tahu saya sedang mengalami penyakit apa dan cara nak sembuhkannya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh jangkitan pada faraj. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.