
Anonymous
5 tahun
Cecair kehitaman daripada vagina
Hai, doktor. Saya seorang gadis yang berusia 27 tahun. Sepanjang kehidupan saya, saya adalah seseorang yang susah jatuh sakit. Akan tetapi, baru2 ni, saya mengalami demam panas menghampiri seminggu. Walaupun demam, saya tetap gagahkan diri ke tempat kerja seperti biasa. Sepanjang tempoh demam itu sehingga saat ini, selera makan saya semuanya teruk. Saya hanya makan untuk beberapa mulut saja, kemudian kenyang. Bila saya melakukan pembacaan, saya takut sekiranya dijangkiti kanser serviks. Tapi, saya belum pernah berkahwin & belum pernah melakukan apa-apa persetubuhan, andai kata betul saya menghidap kanser serviks, saya takut masyarakat akan memandang serong kepada saya. Sebenarnya, sebelum keluarnya cecair kehitaman ini, saya mengalami masalah kekuningan di mana saya ingin maklumkan juga kepada doktor, saya belum pernah ada masalah kekuningan sebelum2 ini. Daripada kekuningan, demam berpanjangan ditemani sakit kepala & batuk, kemudian cecair kehitaman… Cecair kehitaman yang keluar tersebut tidak menyebabkan kesakitan, kegatalan & ketidakselesaan. Yang membimbangkan, bila cecair kehitaman tersebut datang secara tiba-tiba. Saya harap doktor boleh berikan nasihat yang sebaiknya sama ada untuk terus ke klinik atau ke hospital.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair hitam yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Pendarahan dari poilp atau fibroid dalam rahim
- Pendarahan dari ovulasi
- Jangkitan kulat disertai pendarahan haid
- Kanser serviks/rahim/ovari
Manakala keadaan anda demam, batuk dan sakit kepala mungkin disebabkan selesema ataupun jangkitan saluran pernafasan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.