
Sulit
4 tahun
Cecair keputihan berdarah
saya remaja berusia 15 tahun . saya haid 2 minggu yg lalu saya sekitar 5 hari dan selepas 3 hari. saya mendapati keputihan saya berdarah dan fikir mungkin ia haid tapi saya was" kerana yg berbau dan tidak begitu banyak. saya mahu mengerjakan solat dan puasa tapi tidak yakin . mohon penjelasan segera

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Keputihan fisiologi (normal)
- Pendarahan spotting
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Cervicitis
- Kecederaan pada dinding faraj
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan keputihan yang dialami oleh anda ini normal ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya penyelesaian dan nasihat dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.