Sulit
4 tahun
Cecair kuning di kemaluan saya
keluar cecair kuning dan sakit bila kemaluan saya membesar…dan pada atas batang ada satu urat ia megeras
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan perlu dilakukan ke atas cairan untuk mengetahui jenis cecair tersebut dan kuman yang hadir dalam cairan berkenaan.
Antara punca yang menyebabkan cecair kuning dari hujung zakar adalah seperti:
- penyakit transmisi seksual
- infeksi kelenjar prostat
- infeksi saluran kencing
Untuk mendapatkan pengesahan terhadap punca kesakitan tersebut, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.