Sulit
4 tahun
Cecair kuning keluar Dari kemaluan
Saya lelaki berumur 28 tahun.
2 hari Lepas Rasa sakit Di kemaluan ketika hendak membuang air kecil, pagi ni keluar cecair kekuningan sebilang masa.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair kuning yang keluar dari kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia jika ada melakukan hubungan seks bebas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.