
Anonymous
6 tahun
Cecair macam air keluar dari fajar
assalamualaikum…sya zura,sye suda 3bulan berkahwin…sya nk tnya berkenaan slepas sya abis period yg ke 7hari…dan slepas itu sya mula rasa pening dan perut sya pun sakit sluruh badan pun sakit mcm masok angin…tetapi dlm keaadan itu fajar sya mengeluarkan kan cecair air jernih…sya risau sbb sya xperna alami mcm ni… air di fajar tu mngalir jer…sya nk tnya adakah itu tanda2 atw perkara biasa

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ia amat penting untuk wanita megetahui asas untuk membezakannya. Keputihan fisiologis ini biasa di kalangan wanita, dan selalunya berlaku apabila wanita mengalami kesuburan ataupun di sekitar menstruasi. Ianya tiada gejala penyakit dan juga lendir ini berwarna putih atau krim. Kuantitinya juga sedikit sahaja dan ia tidak berbau ataupun menyebabkan kegatalan di kesulitan. Jika dibandingkan keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Keputihan patologik ini disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.
Pada pendapat saya, adik sekarang sedang mengalami keputihan fisiologik dan tidak perlu risau tentangnya. Akan tetapi, saya fikir ia adalah penting untuk adik tahu faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit keputihan supaya ia boleh dielakkan. Yang pertama, faktor kebersihan. Faktor kedua adalah faktor hormon dimana gangguan kesimbangan hormon dalam badan boleh menyebabkan penyakit keputihan.
Jika adik mengalami simptom-simptom keputihan patologik seperti yang saya senaraikan di atas, adik harus berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mendapat rawatan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.