
Anonymous
5 tahun
Cecair merah keluar selepas haid
Saya perempuan berumur 19 tahun, selepas 9 hari haid saya tamat, selang dua hari ada cecair merah lagi keluar…kemudian ianya berhenti lagi…saya sering perasan sewaktu buang kecil ada cecair merah mengalir sewaktu saya basuh…namun cecair tersebut tidak melekat pada seluar…saya cuma akan nampak cecair merah itu sewaktu buang air kecil …hari ni sudah hari ke-17 saya perasan ada cecair merah …saya tidak pasti sama ada darah tersebut darah haid @ darah penyakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas.
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Radang pelvis kronik
- Hypothyroidism
- Syndrom polisistik ovari atau PCOS
- Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
- IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal serta ujian darah dan imbasan ultrasound. Rujukan kepada pakar ginekologi juga akan diberikan jika diperlukan. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.