
wanahmad200
5 tahun
Cecair putih keluar ketika kencing
Umur 20 … Masa saya kencing … keluar cecair putih tapi tak sakit dan kencing normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan keluarnya keputihan dari kemaluan lelaki. Punca terbahagi kepada dua iaitu disebabkan penyakit kelamin dan bukan disebabkan penyakit kelamin.
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.