
Anonymous
5 tahun
Cecair putih keluar pada kemaluan
Saya lelaki usia 20 tahun…saya dapati ade mcm cecair warna putih atau mcm nanah pada kemaluan saya…dia keluar…dan bila masa buang air kecil…terasa sakit sikit…dan ade rasa sedikit gatal pada kemaluan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda serta gejala kegatalan dan kepedihan boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan saluran air kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.