
Anonymous
5 tahun
Cecair putih keluar pada zakar sy sudah sminggu
Sy lelaki 38thn… dlm hari sabtu yg lepasa sy ada kecing air bsar dn terasa ada sesewatu keluar apa sluran kcing sy… di dapati sbijik batu… dn pkara telah sminggu yg lepas tpi skrg ini… zakar sy ada mcm cecair putih kluar…pkara ini telah sminggu… boleh bg pecerahan pda sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, besar kemungkinan anda mengalami batu karang dalam sistem saluran kencing. Namun begitu lokasi spesifik batu karang tersebut perlu diketahui melalui siasatan seperti ultrasound di hospital atau klinik berdekatan sebelum rawatan diberi.
Cecair putih tersebut boleh disebabkan komplikasi jangkitan bakteria akibat batu karang tersebut. Sila segera berjumpa doktor jika demam, sakit ketika kencing, tidak boleh kencing, kencing berdarah, sakit perut, terlalu kerap kencing, kencing tak puas atau bengkak badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.