
Sulit
5 tahun
Cecair seakan kencing
Saya lelaki berumur 23 tahu. Saya ada madalah terasa seakan ada sisa kencing yang keluar setelah selesai kencing. Bila diperiksa kadang ada kadang tiada. Masalahnya bila ada dan dibau tak berbau kencing pon. Kalau betul ianya sisa kencing kenapa tidak berbau? Dan kalau bukan kencing apakah ia? Adakah sekadar peluh? Tapi di celahan zakar bolehkah terjadinya pengaliran peluh? Cecair itu jernih seperti air biasa dan tak pekat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lebihan kencing
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.