zuhailiasraf
6 tahun
Cecair seperti nanah keluar daripada saluran kencing
Hai, saya ingin bertanya. Terdapat cecair yang keluar drpd zakar sy seperti nanah, adakah ianya penyakit sifilis? Zakar saya terasa gatal2 pada bahagian dalam tetapi fizikal luaran zakar dalam keadaan normal,.ubat apakah yg perlu sy ambil?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































