Sulit
3 tahun
Cek gula dalam darah
Emak saya ada kencing dan perlu cucuk insulin 4 kali sehari (30 min sblm mkn kecuali x perlu mkn utk yg sblm tidur). Doktor sarankan utk dia rekod gula dalam darah. Sy nk confirmkan dia ptt cucuk insulin dahulu kemudian baru cek gula dlm darah atau cek gula dlm darah br cucuk insulin?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kemusykilan anda.
Hi! Terima kasih atas soalan anda. Pemantauan sendiri tahap glukosa darah adalah kaedah pilihan dalam menilai kawalan glisemik (gula) dan mencegah hipoglisemia. Pemantauan sendiri tahap glukosa darah harus dicadangkan kepada pesakit insulin dan kepada mereka yang menggunakan ubat pil diabetik.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Jikalau rawatan pesakit itu hanyalah cucuk insulin, sepatutnya pemantauan sendiri tahap glukosa darah haruslah dibuat 6 kali sehari (sebelum and selepas sarapan pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari dan sebelum dan selepas makan malam). Namun ini hanya nombor-nombor yang digalakkan berdasarkan garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, realitinya nombor-nombor ini akan berubah bedasarkan factor-fakor yang disebut di atas.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.