
Sulit
5 tahun
Celah kangkang gatal
selamat sejahtera. saya wanita 20-an dan mengalami masalah spt yang ditulis. pada awalnya gatal tersebut bermula sewaktu di sekolah menengah namun berhenti. datang pada masa tertentu yg tidak dapat dikenal pasti waktunya dan mengapa. dulu, gatal bahagian kiri sahaja namun skrg gatal sikit belah kanan. ada timbul biji2 besar mcm kena gigit nyamuk namun pedih bila basuh dengan air. saya bgtahu parents, diorang cuma bg ubat sapu yang saya tak tahu apa dan tak pernah bawa ke klinik. saya baru dapat kesedaran untuk tanya doktor tentang perkara begini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Alahan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.