
Sulit
4 tahun
Celah kelengkang dan keliling dubur gatal dan hitam
saya lelaki, berumur 21tahun, masalah yang saya hadapi sudah sekian lama sehingga gatal yang pada mula nya di celah kelengkang dn keliling dubur kini sudah sampai ke kaki dan telinga… gatal di keliling dubur kini sudah menjadi sakit kerana mula timbul bonjolan seperti jerawat dan agak sakit sehingga membuat rasa tidak selesa ketika duduk… rawatan ape yang terbaik untk saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, para doktor perlu untuk mengetahui punca kepada masalah ini sebelum memberikan apa-apa rawatan. Antara sebab kepada masalah ini ialah:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.