
Sulit
4 tahun
Celahan macam luka dan susah melakukan hubungan intim beesama suami saya
saya wanita berumur 28thun ,kenapa yer kalau saya melakukan hubungan bersama suami saya ,saya terasa pedih bila masuk dan celah2 nya pedih macam ada luka .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Luka pada faraj
Jangkitan kulat candidiasis
Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah