
Sulit
4 tahun
Ceoat letih dan kurang bermaya
Bapa mertua saya berumur 75 tahun cepat letih sejak kebelakangan ini. Dia juga kurang selera makan. Nak tanya doktor apakah penyebab nya dan apakah boleh ambik supplement utk mengurangkan masalah tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman pihak anda, terlalu banyak masalah yang boleh menyebabkan gejala letih dan hilang selera makan. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Maka, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya maslah ini berlarutan serta semakin parah sehingga bapa mertua anda hilang berat badan secara mendadak atau tidak dapat melakukan aktiviti seharian seperti kebiasaannya. Hanya selepas punca sebenar maslalah beliau diketahui, barulah rawatang yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.