
Sulit
5 tahun
Cepat lupa dan emosi cepat berubah
Salam dr. Sy wanita umur awal 20an dan bekerja sbgai pembantu pembedahan pergigian. Sy ada masalah cepat lupa. Sy tk bolh ingat sesuatu perkara dalam jangka masa panjang.Sy cepat penat,marah,selalu mengantuk,sejak kebelakangan ni sy suka bersendirian, sy tk suka bercakap dgn org,sy rasa emosi tk tentu masa, rasa mcm berkhayal je. Rasa mcm ada sesuatu yg menganggu fikiran sy. sy tk happy dgn kerja sy. Sy tk boleh fokus dgn kerja sy skg.Sya susah nk tidur malam,Sy rasa down sgt2. Give up nk hidup. Kerap rasa berdebar2. Sy rasa nk tidur sepanjang hari dan berkurung dlm bilik… Sy pening dn berpelub bila jumpa org ramai2. Apa yg sy perlu buat ye dr? Sy keliru…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda senaraikan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hipertiroidisme
- masalah adjusment disorder
- masalah depressi
- masalah keresahan
- masalah bipolar
- masalah skizofrenia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar psikiatri. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.