
aingaran19
4 tahun
Cepat marah dan kudis di mulut
Saya telah 45 Hari berhenti merokok.skrg ni cepat marah dan selalu tension…check pressure biasa 122/85…Hari yang ke 44 mulut ada ulser…Susah nak makan…adakah ini kesan dari berhenti merokok…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ulser di dalam mulut boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya:
- kecederaan dalam mulut yang tidak dirawat. Kecederaan tersebut boleh berlaku apabila melakukan aktiviti seperti menggosok gigi atau tergigit lidah terlalu kuat.
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’
- sesetengah ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang mungkin terlalu sensitif kepada pengguna yang boleh mendatangkan ulser mulut
- masalah dehidrasi .
- penyakit berkaitan dengan sistem imunisasi
Untuk pengetahuan anda, proses berhenti merokok boleh menyebabkan simptom sarak nikotin. Simptom ini umumnya adalah bersifat sementara. Antara gejala simptom tersebut adalah perubahan emosi, sukar untuk tidur, hilang daya tumpuan, tidak cukup rehat dan meningkatkan selera makan. Namun, simptom ini mungkin berbeza mengikut individu. Jika anda mengalami masalah yang tidak tertangani, anda di sarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat ahli professional bagi membimbing anda. Proses pemulihan yang mengambil masa yang lama perlu di pantau oleh mereka yang bertauliah. Di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah komited untuk menubuhkan Klinik Berhenti Merokok bagi memberi khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang ingin berhenti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.