
Sulit
5 tahun
Cepat Pancut dan Sukar Keras Semula Lepas Pancut
saya berkeluarga dgn 3 anak. 35 thn. setakat hari ni belum disahkan ada apa2 penyakit kronik selain di atas.
masalah saya cepat pancut kurang 1 minit. dan susah utk keras semula selepas pancut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ejakulasi pramatang adalah suatu keadaan apabila seseorang lelaki ejakulasi dalam tempoh yang cepat yang mana pada 77% pesakit PE didapatkan mereka ejakulasi secepat 1 minit setelah persetubuhan. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakupayaan untuk mengawal ejakulasi
- Faktor intrapsikik seperti anxiety, kemurungan dan rasa bersalah
- Masalah interpersonal seperti hubungan dengan pasangan dan respons pasangan
- Gangguan atau kerosakan saraf
- Kesan pengambilan sesetengah ubatan
Memandangkan ia dapat disebabkan oleh pelbagai hal dan faktor risiko, adalah sebaiknya anda merujuk doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar terjadinya ejakulasi pramatang ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.