
Anonymous
5 tahun
Cepat pancut & kurang eraksi
Ubat @ rawatan ape yg sesuai utk sy…Zakar kerap mengecut@mengecil,lambat utk keras,rasa ngilu,kurang keras bila ereksi,cepat pancut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, ejakulasi pra-matang boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti:
- Kurang berpengalaman seksual
- Isu dengan imej badan
- Hubungan Baharu
- Terlalu banyak rangsangan
- Penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, tiroid dan obesiti
Untuk rawatan selain daripada ubatan, langkah-langkah seperti perbanyakkkan senaman, penjagaan pemakanan, berhenti merokok serta bertenang sebelum melakukan persetubuhan dapat memperbaiki masalah ini. Untuk rawatan ubat-ubatan pula anda boleh mneghubungi kami di link (DoctorOnCall) kerana maklumat tambahan diperlukan. Sekian.