
Sulit
3 tahun
Check pregnancy test hari ke-5 selepas tarikh sepatutnya period datang (29 Julai 2021)
Saya wanita 38 tahun, period saya sepatutnya datang 29 Julai 2021, tapi sehingga 2 Ogos 2021 period masih tak datang, saya dah buat ujian pregnancy test, namun keputusan negative. Soalan saya adakah tempoh selepas 5 hari dari tarikh sepatutnya period datang boleh buat ujian pregnancy test. Untuk makluman, tarikh akhir saya bersama dengan suami pada 28 Julai 2021, Dan suami tak lepaskan air mani di dalam Dan jarak dia lepaskan air tersebut pun jauh dari badan saya. Adakah saya hamil atau saya ada masalah kesihatan yg lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ujian pregnancy test, UPT biasanya digunakan selepas 1 minggu anda missed period untuk keputusan yang tepat, ataupun selepas 1 hingga 2 minggu selepas anda bersama dengan suami anda. Sekiranya anda hamil, badan anda memerlukan masa untuk mengembangkan tahap HCG yang dapat dikesan.
Selain itu, walaupun suami anda tidak lepaskan air mani di dalam, tetapi sedikit air mani juga akan dikeluarkan dalam proses anda melakukan hubungan bersama suami anda. Ini dikenali sebagai precum, ia juga berupaya untuk menyebabkan kehamilan. Keadaan ini dapat dielakkan dengan munggunakan sebarang langkah kontraseptif.
Masalah kesihatan lain yang dapat menyebabkan missed period adalah seperti stress, kegunaan sebarang ubat kontraseptif, terlampau senaman, perubahan gaya hidup dan makanan tidakkeseimbangan, merokok, perubahan berat badan dalam jakang masa yang pendek dan sebagainya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah pada gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).