
Sulit
3 tahun
Check upt berapa minggu?
Tak ingat tarikh last period, tapi ingat tarikh last bersama dalam 3 ke 5 haribulan 6 & saya yakin bulan 6 ni memang sy takde dtg period lagi sebab baru bersama tarikh 2 hingga ke 5 haribulan tu. Boleh ke beberapa minggu lepastu check upt? & bila check upt line samar2 macam mana? Kena cuba check lagi beberapa hari ke? Tanda2 macam kembung perut, kerap kencing, pening sendawa, kejang kaki kiri ja, rasa tekak loya melugai tapi tak muntah ada rasa dah sikit2 harini. Pastu rasa nak makan macam2 & nak minum air manis2 ja. Selalu kalau saya nak period saya akan rasa sengugut sakit perut pastu rasa craving ja tapi bulan ni takde rasa period yg sy alami tu sebelum ni just rasa kembung perut sendawa tu ja rasa setakat ni? Sy dah start makan acid folid dah 10 hari, then saya ada keputihan sikit ja utk bulan ni, & tiada langsung spotting setitik dua darah. Sy ada beli upt dah check samar2 adakah sy perlu tunggu utk beberapa minggu lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bilakah masa yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda ujian kehamilan biasanya disarankan untuk dilakukan selepas anda lewat seminggu atau dua minggu dari tarikh haid yang sepatutnya. Dalam kata lain, anda boleh melakukan ujian kehamilan selepas seminggu atau dua minggu anda lewat datang haid.
Tanda-tanda kehamilan biasanya adalah tidak spesifik dan anda tidak boleh bergantung kepada gejala ini untuk mengesahkan atau mengatakan anda hamil. Haid lewat juga bleh berlaku atas pelbagai sebab yang lain.
Sekiranya anda ragu-ragu dengan ujian kehamilan yang anda lakukan, anda boleh ulang ujian tersebut sekali lagi selepas seminggu sekiranya haid anda masih tidak datang.
Jika masih ragu-ragu atau keputusan negatif tetapi masih tidak datang haid, sila rujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Harap jawapan ini membantu anda,
terima kasih.