fbnashajane
5 tahun
Chemical Pregnancy atau Implantation Bleeding?
Saya sudah berkahwin selama 18 bulan. Kitaran haid saya teratur dan sepatutnya saya datang haid pada 2/8/19. Tetapi pada 29/7/19, saya dapati ada tompok berwarna coklat sebesar size 50 sen, selepas itu saya tidak mengalami hari period tetapi perut terasa tegang. Selepas 6 hari saya buat upt dan +ve, dan sehingga ke harini (8/8/19) masih +ve, tetapi saya tidak mengalami sebarang simptom mengandung. Soalan saya, adakah saya pada awalan itu saya mengalami implantation bleeding? Atau itu ialah chem pregnancy, dan saya alami sekarang ialah effect dr chem pregnancy tersebut (tidak metasa simptom mengandung)? TQSM
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan berwarna coklat dan keputusan positif ujian UPT boleh disebabkan:
- Implantasi kehamilan - usia kehamilan masih awal dan oleh sebab itu masih tiada banyak gejala kehamilan
- Kehamilan ektopik
- Sesetengah wanita mengalami “spotting” sewaktu ovulasi
- Keguguran - ujian UPT masih boleh positif walaupun beberapa hari selepas keguguran
Untuk mengetahui status anda samada hamil ataupun tidak, maklumat tambahan dan pemeriksaan adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























