
norazieraazmi96
5 tahun
Chest pain,burning sensation
Wanita umr 23 tahun selalu mngalami chest pain terutama bila stress dan mkn mknn pedas…adakah ini dikaitan dengan acute gastritis atau ada masalah berkaitan dengan jantung???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung
- gastrooesophageal reflux (asid perut naik ke atas)
- peptic ulcer disease (luka perut)
Serangan jantung biasanya sakit dada sebelah kiri yang pergi ke tangan kiri dan bahagian rahang. Serangan jantung juga mempunyai simptom seperti berpeluh dengan banyak, dan sesak nafas. Sekiranya sakit dada itu bersifat panas, sakit di tengah dan dicetuskan oleh makanan pedas berkemungkinan ianya adalah gastritis dan peptic ulcer. Oleh itu, elakkan makanan pedas, masam dan berasid seperti jeruk. Anda boleh mencuba susu dan makan berkala dengan kerap dalam bahagian (portion) yang kecil. Anda juga boleh mendapatkan rawatan secara ubat dengan berjumpa doktor unutk memastikan ubat terbaik untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.