fariqikhwanrazif
6 tahun
Chest pain. Is it serious problem?
Saya mempunyai rasa sakit di dada and dada saya rasa macam sejuk sikit and nafas saya akan jadi seperti laju. Kebiasaannya rasa sejuk di dada ini berlaku pada waktu malam dan selepas saya bangun dari tidur. Adakah ini disebabkan oleh anxiety atau berpunca sebab lain?
Kadang kala ia juga sering berlaku apabila saya membaca forum-forum berkaitain dengan virus covid-19.
Adakah rasa seperti sejuk di dada dan nafas laju simptom covid-19?
6 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit dada tanpa gejala lain seperti batuk,demam, kesukaran bernafas bukanlah merujuk kepada gejala COVID-19. Sakit dada yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Masalah kebimbangan (Anxiety Disorder)
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































