
emslberry83
3 tahun
Chest pain right side
Saya wanita berumur 38 thn, baru2x saya sering mengalami sakit dada dibahagian kanan. Pernafasan saya lancar cuma bila rasa nyeri kt dada belah kanan ni buat saya rasa tidak selesa. Mohon pandangan doktor mengenai masalah ini. Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit dada pada sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala sakit dada sememangnya membimbangkan kerana ia sering dikaitkan dengan serangan jantung. Kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda untuk menberikan anda kepastian mengenai masalah anda. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda.
Antaranya :
- Gangguan tekanan
- Kekejangan otot
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Costochondritis (Inflamasi tulang rusuk)
- Pleuritis
- Radang paru-paru
- GERD
- Masalah batu hempedu, pankreatitis atau penyakit hati
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.